PROSEDUR MEMUAT NAIK TAPAK PEMBELAJARAN DAN
LAMAN WEB KE FILE MANAGER
Siapkan Tapak
Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran
seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan namakan fail
sebagai index
Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.
Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.
Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.
Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.
Klik Start Now dan isi
borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan.
Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.
Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa
ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager.
Apabila anda mengelik File Manager, anda
akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia
untuk memuat naik fail ke File Manager.
Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang
ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan
berikut akan dapat dilihat.
Klik pada single files (8). Setelah diklik,
paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat.
Anda akan dapat melihat alamat Tapak
Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse.
Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang
ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite.
Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.
Klik pada index dan klik open. Paparan
berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.
Apabila Upload diklik, paparan berikut akan
ditunjukkan di skrin komputer.
Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload
OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close,
paparan berikut akan ditunjukkan.
Anda akan dapat melihat index.htm telah
dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the
Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini
anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web.
Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web
Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm.
Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang
berikut.
Anda akan dapat
melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language).
HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak
akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan
itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan.
Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan
Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan
Anda akan dapat
melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini
http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran
anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita
kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah
hasilnya.
Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda.