Tuesday, 7 August 2012

PIDATO

Tajuk:  Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.
Tajuk pidato yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat. Remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, , Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan.  Pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. Program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020
Tuan-tuan dan puan-puan,
Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.
Sekian, terima kasih.
Tajuk: Bahasa Jiwa Bangsa
Bismillahirahmanirrahim..Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan keranaingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelamimauduk pidato yang berbunyi µBahasa JiwaBangsa¶.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,SambutlahSalam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budiTuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang sayamuliakan.Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan sayamendefinisikan tajuk pidato saya.Menurut kamus Bahasa Malaysiakeluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasa ditakrifkan sebagaisistem lambang bunyi suara.Jiwa pula merupakan roh ataunyawa.Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusiadaripada satu asal keturunan.Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud
milik mutlak 
 ses
uatu bang 
 s
a yang m
e
njadi id 
e
ntiti 
e
bang 
 s
aan
.
Sesungguhnya
bahasa
itu menunjukkan
 jati diri 
 ses
uatu
bang 
 s
a
.
ekuatan bahasa itu juga membuktikan
kuatnya
 ses
bang 
 s
a itu
Y
ang kurik itu kundi.
Y
ang merah itu saga,
Y
ang baik itu budi,
Y
ang indah itu bahasa.Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.
Bismillahirahmanirrahim..Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelami tajuk pidato yang berbunyi  “Bahasa Jiwa Bangsa”
.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia.
Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma, penjaga masa setia pada saat dan ketikanya, dif-dif kehormat, seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya.Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara.Jiwa pula merupakan roh atau nyawa.Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusia daripada satu asal keturunan. Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud
milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.
Yang kurik itu kundi.
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan. 
Hadirin yang dihormati sekalian,
Apakah Wasilah terpenting untuk membentuk bangsaMalaysia?Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa´.Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.Persoalannya kini,mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa,menyerapkan roh sebangsa,senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan. Tidak melayu hilang di dunia´
Kata-kata keramat Laksamana HangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsaMelayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di matadunia. Komponen pertama,bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu.
Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat.Pada masa kini,Dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setiap urusan.Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan ,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.Warga pendengar yang budiman, Izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial, bahasa ekonomi, bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden. Bahasa
Kebangsaan jugasebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia.Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia. Bahasa
Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum ,agama, budaya dan bahasa ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama, maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa amat  berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero dunia.Sebagai rakyat Malaysia,kita harus mengamalkan BahasaMelayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun,
Sedap makan kacang kelisa,
Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.
Justeru,gunakanlah bahasa yang santun,buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun,kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.Bahasa Kebangsaan harusdidaulatkan.Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.Secara konklusinya,Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita.Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali, bahasa itulah yang menunjukkan bangsa. Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.......Salam perpaduan Salam 1 Malaysia

Bismillahirahmanirrahim..Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan keranaingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelamimauduk pidato yang berbunyi µBahasa JiwaBangsa¶.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,SambutlahSalam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budiTuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang sayamuliakan.Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan sayamendefinisikan tajuk pidato saya.Menurut kamus Bahasa Malaysiakeluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasa ditakrifkan sebagaisistem lambang bunyi suara.Jiwa pula merupakan roh ataunyawa.Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai jenis manusiadaripada satu asal keturunan.Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud
milik mutlak 
 ses
uatu bang 
 s
a yang m
e
njadi id 
e
ntiti 
e
bang 
 s
aan
.
Sesungguhnya
bahasa
itu menunjukkan
 jati diri 
 ses
uatu
bang 
 s
a
.
ekuatan bahasa itu juga membuktikan
kuatnya
 ses
uatu
bang 
 s
a itu
 se
ndiri.
Y
ang kurik itu kundi.
Y
ang merah itu saga,
Y
e
bang 
 s
aan
.
Sesungguhnya
bahasa
itu menunjukkan
 jati diri 
 ses
uatu
bang 
 s
a
.
ekuatan bahasa itu juga membuktikan
kuatnya
 ses
uatu
bang 
 s
a itu
 se
Y
ang kurik itu kundi.
Y
ang merah itu saga,
Y
ang baik itu budi,
Y
ang indah itu bahasa.Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalTajuk: Nilai Murni Semakin Terhakis
Selamat Sejahtera dan salam satu Malaysia
          Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah " Nilai-nilai Murni Terhakis Dalam Diri Masyarakat Kita ".
Hadirin sekalian,
          Nilai-nilai murni merujuk perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang itu. Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang. Cuma perkara yang dikesalkan dalam aspek ini ialah remaja zaman ini sudah mula melupakan nilai-nilai murni ini. Jadi, memang ada banyak nilai murni yang sudah dilupakan oleh masyarakat kita.
          Nilai murni menghormati ibu bapa sudah lama terhakis dalam diri remaja kita kini. Mereka menganggap ibu bapa terutama yang sudah tua sebagai satu bebanan yang tidak harus dipikul oleh mereka. Semakin ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua dengan alasan tidak mampu untuk menjaga makan minum mereka atau memberi perhatian kepada orang tua mereka. Oleh itu, nilai menghormati ibu bapa ini harus dipupuk semula demii keharmonian keehidupan masyarakat.
Hadirin yang dihormati,
         Selain itu, kita sudah lama tidak melihat atau mendengar nilai murni bekerjasama dalam masyarakat kita. Keadaan masyarakat yang mementingkan kebendaan atau mengutamakan aspek individualistik telah meembawa pupusnya skap bekerjasama ini. Kita mempunyai anggapan bahawa kita berupaya hidup bersendirian dalam alaf yang serba moden ini dengan terciptanya pelbagai rekaan teknologi yang serba canggih. Sebenarnya, kita semua lupa bahawa asas kejayaan dalam kehidupan dunia moden masih lagi mengutamakan aspek kerjasama.
          Malahan, aspek kesopanan dalam aktiviti perbualan semasa masyarakat turut berubah. Kita tidak lagi menggunakan bahasa yang sopan apabila berbicara dengan orang lain. Sudah ramai antara kita yang lupa untuk menggunakan pangkat panggian yang betul atau sesuai ketika berbual dengan orang lain. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang membawa wujudnya perasaan tidak suka antara satu sama lain ekoran penggunaan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan seseorang itu. Jelaslah, nilai-niai kesopanan ketika berbicara telah dianggap ketinggaan zaman oleh masyarakat kita.
Rakan-rakan dan hadirin sekalian,
          Tambahan pula, aspek kejujuran yang sering diutamakan dalam nilai-nilai murni turut menjadi lenyap kerana sikap masyarakat kita sendiri. Amalan rasuah yang semakin berleluasa telah menjadi bukti betapa nilai-nilai kejujuran tidak ada wujud dalam sahsiah orang kita kini. Semua perkara dilakukkan kerana mempunyai sesuatu agenda yang khusus atau membawa keuntungan peribadi kepada seseorang. Sesungguhnya, kita sudah melupakan nilai kejujuran ini sehingga kejujuran menjadi satu ciri manusia yang sukar untuk ditemui dalam diri kita.
          Kesimpulannya, semua nilai-nilai murni yang dijelaskan di atas telah hilang kerana sikap kita yang tidak memandang tinggi atau menghargai nilai-nilai murni itu. Masyarakat kita meletakkan nilai-nilai murni sebagai satu perkara kecil yang boleh ditukar ganti dengan kemodenan masyarakat dunia. Sekiranya masalah ini tidak dipantau dengan berkesan nilai-nilai murni ini akan terus hilang dalam benak masyarakat kita.





No comments:

Post a Comment